semalam pulang dari kelas aku menemani teman membeli makanan di kafe kolej
kebetulan aku juga ingin mencari sesuatu untuk mengalas perutku ini
makanan ringan kerna kau tidak berselera
seusai membeli aku bergerak menuju ke bilik yang ku huni seorang diri
sampai di hadapn pintu ada notis dari pejabat kolej
yang mengarahkan aku menghantar borang iventori secepat mungkin.
melihat jam ditangan sudah menunjukkan jam 5 petang tetapi
aku yakin yang pejabat masih belum ditutup
aku melangkah dengan segera menuju ke pejabat kolej
menyerahkan borang dan mula mengatur langkah untuk pulang ke bilik
tetapi ditegur seorang teman yang sedang berbual bersama teman sekolej
yang telah menamtkan pengajian pada semester lepas
langkahku terbantut untuk pulang ke bilik lagipun tiada urusan yang lain masa itu
kami berbual dan bertanya kabar
temanku ini seorang yang biasa tetapi mempunyai karakter tersendiri
gaya percakapannya bersahaja dan penuh dengan makna tersirat
membuatkan aku dan teman yg seorang lg tertawa
mcm2 isu kami bualkan
bermula dgn kisah kerjanya ke isu2 kolej, junior dan entah bagaimana
memasuki isu jodoh dan perkahwinan
kata temanku itu perempuan yang tidak berkahwin serta umur yg banyak
biasanya mengalami mood swing yang teruk
aku dan teman perempuanku tergelak tetapi pada masa yang sama
mengakui kebenaran yang dinyatakan
aku juga punya pengalaman mempunyai guru perempuan yang berumur belum berkahwin
atau lebih mudah lagi dipanggil andartu
moodnya tidak menentu,kdg2 tanpa sebab kena marah dihadapan teman2
ada juga yang terlal berkira terhadap markah
dan ikut suka hati mereka dan mood mereka untuk beri markah
perkara ini mmg xprofesional langsung
tetapi lelaki walaupun berumur dan tidak berkahwin
mereka sangat tenang dan lebih matang
sebab itu dalam islam pemimpin adalah lelaki
kerna fitrahnya mmg begitu
aku akui kebenaran ini dalam diam
tetapi bak kata temanku td mereka manusia
kdg2 tidak mampu mengawal emosi kesunyian yang melanda diri sendiri
nasihat temanku carilah teman hidup dengan segera
kerna dia tahu kisah LALUku
sempat juga dia menawarkan perkhidmatan untuk kenalkanku
kepada teman2nya
tetapi jawapanku mudah buat masa skrg aku mahu tumpukan
perhatian kepada pelajaranku dan capai cita2ku

No comments:
Post a Comment