Friday, July 24, 2009

k.A.w.A.n....

lame benar aku tidak mencoretkan ape2 diruangan ini...
sedikit sibuk dgn tugasan yang diberikan oleh para pensyarah
dan juga 'kesibukkan' menahan kesakitan yang kerap menyerang akhir2 nie
kdg2 timbul rasa putus asa dalam menghadapi sedikit ujian yang diberikan Tuhan
mujurlah teman2 byk membuatkn aku ketawa dan tersenyum w/pun dlm keadaan kesakitan
melayan aku w/pun tidak sekerap mana dek kerna bilik dan blok yang berbeza
tetapi aku tetap bersyukur atas keprihatinan mereka terhadap diriku..
cuma akhir2 ini aku rasa sedikit sepi...
terkenang xrumate semester lalu...
terlalu berbeza dgn rumate yg sekarang...
dlu aku sentiasa ditemani rumate yg sgt memahami
ke mana sahaja kami berdua di samping teman2 yg lain...
cuma rumate semester ini lebih kerap meninggalkan aku sendirian
w/pon die tahu keadaan kesihatan aku tidak berapa baik
dan aku merasakan sedikit jurang antara kami
bukan aku dingin tetapi rasa kekok terbit kerna jarang bertemu muka..
harapan aku agr hubungan yang terjalin ini bertambah baik dari hari ke hari...
AMINN...

Thursday, July 16, 2009

bila aku merasakan..

perasaan apakah ini??
gembira?
sedih?
kecewa?
blurr?
putus asa?
tiada rasa?
kosong?
aku sendiri tidak pasti...
adakah ini sindrom untuk mendapat bakal adik ipar?huhu

K.a.M.p.U.n.G.k.U....

saat ini aku sedang menunggu panggilan abangku untuk confirmation untuk blik ke kampung
blik untuk meraikan majlis pertunangan adik kami yang bongsu..
bukan majlis aku atau dua abangku yang masih bujang..
ramai yang terkejut..
hurmm biarla dah smpi jodoh die..
itulah yang berlegar diminda aku dan juga abang2ku..
pada awalnya angahku ingin pulang selepas waktu kerja..
mungkin hati dia tidak sedap membiarkan ibu menguruskan
segalanya sedangkn dia masih di sini..
walaupun sepatutnya "along" yang patut menjalankan tanggungjawab itu
along bagiku dan mungkin juga bagi adik b radik yang lain
telah lama hilang dari kami..
aku sendiri tidak pasti mengapa begini
sedangkan dulu dialah IDOLA dan abang kesayanganku
banyak benda yang dah berlalu dan terjadi dalam kehidupan kami
kadang2 tidak terlintas yang pengakhirannya begitu dan begini
begitu juga kehidupan kita semua
tidak bolah lari daripada perkara yang tidak diduga
cuma saat ini aku amat rindukan suasana kami berkumpul adik bradik
makan bersama, main bersama,gelak bersama dan segala2 yang bersama
meriah tidak terkata bayangkan 5 hero dan 2 heroin sudah cukup
untuk memeningkan mak dan arwah ayah dan ragam kami yang pelbagai..
perasaanku bercampur baur..
gembirakah aku? sedihkah aku?? aku sendiri tidak pasti...
Ya Allah kuatkan semangatku....
buat adikku,
jadilah bakal isteri yang solehah
banyakkan doa dan tingkatkan ibadat
tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan dalam hidup
Allah itu maha pengampun dan penyayang
p/s sama2 doakan kebahgiaan adikku dan semua umat islam di muka bumi ini. mendoakan kebahgiaan orang lain lebih baik daripada mendoakan kesengsaraan orang lain.

Tuesday, July 14, 2009

h.A.r.I - i.N.i.e....

hurmm...
aku masih xdapat nk fokus untuk menyiapkan tugasan ulasan makalah yang diberi..
aku sendiri kurang pasti kenapa aku jd mcmni..hurmm
ni dah msuk minggu kedua kuliah tetapi aku masih xbuat ape...
bahan dah ada cuma nak mle 2 payah sgt aku rasa...
dari last week aku da dpt journal bukan untuk diriku ja tp aku turut cari untuk teman2..

hurmm...
kesihatanku alhamdulilah semakin pulih...
walaupun perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat2
kekasih baruku adalah inhaler yg aku kne bawa ke mana sahaja..
cuma keadaan cuaca yang berjerubu membuat aku runsing...
alahan di paru2 aku belom pulih sepenuhnya...
aku dah penat makan ubat...
tp 2ja cara untuk kurangkan kesakitan yang tidak tertanggung
at least lega untuk seketika...

hurmmm...
dalam diduga begini
aku mula terikir mungkin ini masanya untk berehat..
dan menambah amal ibadatku yang masih byk kekurangannya..
buat aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan sebelum ini...

hurmm
dlu aku bebas berlari, bersukan dan berjoging
main futsal bersama teman2...
kini ..
pergerakan dan kelincahan aku agak terbatas selepas kecederaan yang dialami.
aku sangat merindui saat itu...tetapi
aku juga sangat bersyukur kerna masih berpeluang menyedut udara segar
sekurang2 nya aku tahu yang aku masih berpeluang hidup di bumi ini

terima kasih TUHANKU...


Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah...


Message:
Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
(Hati2 membaca Al-Fatihah)

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan" !!!!
7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ............ ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
sentiasa membaiki bacaannya.

Nota: Berapa Ramai si suami dah check bacaan solat isterinya, dan berapa ramai pulak si isteri
dah check solat si suaminya BETUL atau TIDAK....Memang rami antara anda dah berumah tangga
tapi SUDAHKAN ANDA SAMA2X CHECK KUALITI SOLATMU DAN BERAPA RAMAI SUAMI DAN ISTERI
SAMA2X TADARUS AL-QURAN. RINGAN2X BERSAMA BERGANDING BAHU BERSOLAT BERSAMA ANATARA SUAMI ISTERI maka mudahlah anda membina Isteriku syurga di rumahku dan suamiku pelindung dan kekuatan si isteri...untuk membina KELUARGA BAHAGIA