Thursday, July 16, 2009

K.a.M.p.U.n.G.k.U....

saat ini aku sedang menunggu panggilan abangku untuk confirmation untuk blik ke kampung
blik untuk meraikan majlis pertunangan adik kami yang bongsu..
bukan majlis aku atau dua abangku yang masih bujang..
ramai yang terkejut..
hurmm biarla dah smpi jodoh die..
itulah yang berlegar diminda aku dan juga abang2ku..
pada awalnya angahku ingin pulang selepas waktu kerja..
mungkin hati dia tidak sedap membiarkan ibu menguruskan
segalanya sedangkn dia masih di sini..
walaupun sepatutnya "along" yang patut menjalankan tanggungjawab itu
along bagiku dan mungkin juga bagi adik b radik yang lain
telah lama hilang dari kami..
aku sendiri tidak pasti mengapa begini
sedangkan dulu dialah IDOLA dan abang kesayanganku
banyak benda yang dah berlalu dan terjadi dalam kehidupan kami
kadang2 tidak terlintas yang pengakhirannya begitu dan begini
begitu juga kehidupan kita semua
tidak bolah lari daripada perkara yang tidak diduga
cuma saat ini aku amat rindukan suasana kami berkumpul adik bradik
makan bersama, main bersama,gelak bersama dan segala2 yang bersama
meriah tidak terkata bayangkan 5 hero dan 2 heroin sudah cukup
untuk memeningkan mak dan arwah ayah dan ragam kami yang pelbagai..
perasaanku bercampur baur..
gembirakah aku? sedihkah aku?? aku sendiri tidak pasti...
Ya Allah kuatkan semangatku....
buat adikku,
jadilah bakal isteri yang solehah
banyakkan doa dan tingkatkan ibadat
tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan dalam hidup
Allah itu maha pengampun dan penyayang
p/s sama2 doakan kebahgiaan adikku dan semua umat islam di muka bumi ini. mendoakan kebahgiaan orang lain lebih baik daripada mendoakan kesengsaraan orang lain.

No comments:

Post a Comment